Wednesday, June 29, 2011

Transformers : Dark of The Moon

Mode: Mamai2 di petang hari.

Hello uols... last night, Mr Alfonso dengan sukacitanya telah membawa iols pegi menonton Transformers 3 pukul 11.45 malam. Mr Alfonso ni bersemangat jitu nak join kawan-kawan TransMY-nyer. I ni yang sepatutnya dah tidoq terpaksa letak lidi kat mata untuk menonton cerita hawt-terhawt berkenaan.


Tiket yang nan mahal...kalo den la...toksey weh...


Awalnya, Mr Alfonso suruh aku pakai baju Decepticon while dia lak pakai baju Autobot. Manyak cun.... Mesti tu ada maksud tersirat. Sib baik baju-baju tu xbleh pakai atas sebab2 tertentu (bukan sebab dah gemuk). So, weols pun pegila OU dalam jam 11.00. Aku bayangkan adela si Bumblebee ker, abe Optimus ker dok berlegar-legar jumpa peminat masa premier ni. Tapi biasa ja, penuh ngan orang pakai t-shirt Transformers ja(yang tak berapa menyedapkan mata yang kuyu ini).


Masuk lambat la jugak... penat kaki-kaki panjang ku (yang gojes macam si Rosie Huntington-Whiteley) menahan lenguh menunggu.

So...... movienyer.....


Overall memang beh le movie ni. 3D yang memuaskan hati, jalan cerita yang okay and lakonan makhluk2 Cybertron yang beh. Aik?Rerobot je beh? ERm..supporting actors pun beh.

3D

Memang antara terbaik dalam pasaran.... Aku suker bila si Sam dicampakkan oleh Bumblebee tu...and kalau ada dust2 berterbangan tu hampir real...ya..hampir real...ker panggung tu memang berdust? Aku suker citer bila dia kata 3D memang dari awal sampai habis 3D. Partial2 macam cerita Tron tu hampeh. Transformers ni siap dengan subtitle nyer 3D (movie lain aku tak pasan yerr..).


Memperkenalkan En Sentinel Prime


Cer Citer

Cerita ni pasai En Sentinel Prime (sepatutnya geng baik) telah bersekongkol dengan Megatron untuk convert bumi jadi Cybertron and guna manusia jadi buruh kasar diorang. Dia ni kira makhluk Cybertron yang genius la. Tapi disebabkan dia kecewa dengan kemusnahan tamadun Cybertron (musnah sebab perang), dia cuba nak 'hidupkan' balik Cybertron tu dengan menggunakan bumi sebagai ganti. Megatron ni plak kaki tipu (jahat kan...). So dia manipulate si Sentinel ni untuk kerja jahat dia. Ish..ish..dasyat..




Abe....why abe??


Abe Mc Dreamy

Tidakkk!!!...Kenapa engkau Mc Dreamy jadik jahat dalam cerita ni. Kau kan lelaki lomantik caring yang menjadi pojaan ramai. Sampai ati Michael Bay jadikan kau begini...

Si Patrick Dampsey ni jadi Dylan tali barut Megatron yang tervongoks dalam sejarah hidup manusia. Ada ke patut dia sanggup berpaling tadah dengan umat manusia yang lain semata-mata nak jadi pengikut Megatron yang tak berapa nak best tu? Vowdowh lak tu.



Hello....Nama Saya Wawa yang Chumels


Rosie Huntington-Whiteley

Aku dari first movie dulu lagi dok mempersoalkan fungsi awek2 seksi gojes ni dalam cerita selain menunjuk kat semua orang uols adalah makhluk sempurna. Huhuhu... Megan Fox tersangatlah xder fungsinyer before this (ability acting yang sux, suara yang x best). If diorang nak jual sex appeal..aku rasa Transformer x perlu kot. Tengok robot2 pun orang dah sangat-sangat eksaited. Tapi..pada minit-minit terakhir movie ni, Si Carly (Rosie la nie) buat lecture kat Megatron yang mengubah segala-galanya. So kat situ ada fungsi penting kenapa perlu ada dia yang cantik lagi sexy tu berlari, terjun dan berguling-guling sana sini. Yang paling aku respect adalah dia berjaya mengekalkan keputihan bajunya walaupun terpaksa berhempas pulas lari dari serangan sang jahat. White coat aku pun leh kotor dalam masa seminit. Sangat hebat anda Cik Carly.


Bee......b.....bucukssss


The Robots


Hokeh...ni je modal yang paling best bagi cerita ni. Walaupun aku tak kenal setiap sekor robot yang ada, Mr Alfonso akan otomatik akan bagitau aku nama2 diorang ni. Abe Optimus kali ni memang takder kesian. Memang dia pukul abis. Terbaek dipasaran. Sedih gak sebab Ironhide yang ensem tu kena libas gitu jer..Buh-bye...buh-bye En Ironhide and En Wheeljack.

Sam Witwicky

Wahai En Sam. Saya sangat tidak tertarik pada anda dan cerita anda yang tak dapat keje tu.Entah kenapa saya hampir melupakan anda.


Supporting Actors

Entah kenapa aku lagi ingat pada watak2 sampingan macam watak John Torturo, mak abah Si Sam, Josh Duhamel(dia ni bukan sebab bakat lakonan tapi kehenseman semata) and pompuan giler koser tu. Erm..tapi robots lagi memukau mata mengantukku itu.

Cerita ni sangatlah berbaloi untuk anda menonton 3D. So, keputusan report card kali ini adalah 4 bintang nan suci. Tahniah diucapkan, anda boleh naik kelas tahun depan.


Walaubagaimanapun....









Walaubagaimanapun.....






Movie ini ada juga kesan tak baik pada manusia sejagat.... malas nak ulas2 panjang berjela... uols tengok ja la (sambil geleng-gelang kepala).....


Graphic Novel dia beli...

Yang takder graphic pun dia beli...



Ni keadaan sebelum kemaniamannyerr




Selepas kemaniaman...cepat giler dia beranak



Kawasan jajahan di bawah tanggungjawab Patrick dah terancam.....





Adeh..




Adeh........




Adeh......................

Monday, June 27, 2011

Treasure of The Earth

Mode: I am hungry but i can't eat coz i need to be slimmer


Salam sayang my gojes2 semua...muah muah..kasi kiss pada semua..


Okeh ni kira entry bersawang. Sebab lama tak update and op coz barang yang nak diperkenalkan ni pun dah lama nak masuk blog tapi x kesampaian disebabkan hal-hal yang tidak dapat dielakkan.





Jeng...jeng...jeng...............dipersilakan.. projek mengumpul Mr and Mrs De la Rossa yang terkini...



Ni kira projek bersama yer. Aku agree nak mengumpul this sebab aku suka sangat pada infos yang ada dalam magazine plus dapat mineral2 and stones hanya pada harga Rm19.90 bagi setiap issue.

Nanti aku bayangkan junior2 de La Rossa bersemangat nak belajar this secara live and one of them might turn out to be En Geologist yang kaya raya. Bagus tak niat aku?? Hahahaha.......



Okeh..here is close up view to what inside the file (close up le sangatt)


Hello sexy stones... cun dak bekas dia?..siap dapat magnifying glass...

Mostly aku beli mendalah ni kat Popular Book Store. Dulu aku ada perasan kat kedai magazine pun ada....skrang dah tak banyak. Sekarang dah ada 4 batu iaitu Rose Quartz, Amethyst, Pyrite and Tiger eye. And if subscribe lagi best kot..dapat macam2..aku tak hengat mende apa tapi one of the item adalah metal detector (ini sangat marbeles.



Untuk dapat maklumat lanjut....klik SINI


SO if sape2 berminat, meh la join iols mengumpul mendalah ini. Bagi iols...sangat berbaloi2...




Coming soon.... more Mr Alfonso's collectibles.


Wednesday, June 22, 2011

Aku yang Merajuk

Mode: Ngantuk di siang hari

Hi yalll... lama x bersiaran....aku maleh sebenarnya...

Hari ni aku tersedar rajuk aku tu akan memusnahkan kehidupan aku..apa merajuk?? Sapa yang merajuk?....... erm.. ai la uols yang merajuk tu...


Aaaa.... aku bukan merajuk kat En Alfonso yer tuang2 dan puang..aku merajuk dengan parking kat tempat keje yang teruk sampai aku dah putus asa nak basuh keta.


En Alfonso siap belikan pakej wash +wax+polish semua ada..tapi aku asyik menolak sebab aku cakap xde maknanyer nak basuh keta...pegi keja esok mesti buruk balik....

Memang buruk le rupa keta aku tu... macam kereta salut debu....cuma x goreng ja lagi... sungguh huduh...dah le kaler gelap...lagi la nampak menonjol dedebu itu...tapi keadaan ni xde la menusuk jiwa aku...cuma bila windscreen pun dah penuh debu...terus aku rasa malu sepanjang perjalan balik tadi.... aku rasa muka aku panas semacam..sebab malu..... ha tengok ni...

Ni dari dalam keta...ekau nampak itu garisan2 debu2 suci



Ni pemandangan secara besar-besaran..x nampak sangat tapi percayalah debu ni tebal mengalahkan orang keja kat site pembinaan...x caya??


Ni close up......cantik dak keta ai pakai bedak??



So disebabkan aku dah terasa malu dengan keta ni.... maka dengan itu... Ai akan begging En Alfonso untuk bawa keta ni pegi shower......haruss dan wajib...

Seronok la En Alfonso pas ni...mesti dia akan cakap... "Kan dah cakap...degilll..."


Eleh..... AAK?

Tuesday, June 21, 2011

The Proposal

Entry ni sebenarnya patut keluar semalam.....harap maklum

Mode: Minum petang bersama milo sejuksss and kepok lekor shedapp


Hellu kengkawan sekalian alam.....


Okeh, yesterday aku dok menengok Blog Serius untuk mengisi keborinan yang melanda. Maka aku pun tertengok vid yang sangat marbeles di sana. Ha... ko tengok dulu video ni....



Lomantik tak? Best tak? Aku suker giler la part awal2 masa diorang dancing2 tu. Siap meleleh ayaq mata sebab terharu walaupun bukan aku yang diraikan dalam video tu. Then aku terfikir, adakah En Alfonso pernah terfikir untuk buat something similar buat aku yang disayanginya itu (aku konpiden kan..)?? Kalau dia pernah berniat pun aku dah terharu, apatah lagi kalau dia buat betoi2. Sebabnya..aku suka dancing2. Owh..dia ada dancing2 untuk aku..tapi stai sama ja..belly dancing je manjang. Xde variety.

Dulu aku bercita2 nak compete So You think You Can Dance Malaysia? tapi time tu aku strugling nak memulakan hidup (haha..). Then aku pernah berhasrat nak bertanding dalam Showdown..tapi sampai sekarang aku xdapat nak form crew. X cukup korum. Sebab tu la aku dok terkinja-kinda x kira mana jua aku berada.

Okeh, berbalik pada video tu, aku rasa la kan... best kalau dia buat sampai bertunang jer...tang kawin tu relek la dulu. Kalau aku jadik pompuan tu aku cakap tanak kawin lagi sebab:

1. Aku nak plan yang grand (aku assume diorang ni kaya kot).
2. Since badan tu berisi, aku plan nak kuruskan badan dulu..so that masa gambaq kawin cun jer manjang.
3. Kawin ad hoc cam tu, baju xleh pilih yang lawa2. x best.

Kita ni orang Melayu yang kaya adat resam ni, xleh la nak buat cenggini sangat. Kang mak bapak pelangkung kepala...huhuhu....tapi..berangan dibenarkan.


So kengkawan, if your life leh buat ala2 musical and dancing2 gini...macamana suasana yang anda gambarkan? Ha..sila participate untuk jawab.....jangan baca2 ja.....

Sunday, June 19, 2011

Papaku Tommey

Mode: Rindu-rindu insan jauh di LoqsTaq


Semua orang pakat wish hari bapa ... so Ai pun tanak melepaskan peluang keemasan nie.

Semalam, tengah dok basuh pinggan, bunyi orang message Ai kat FB..ingat si kecik berhidung besaq tu... tapi bila check papaku yang ensem yang message.

Hebat oo papa main FB je skrang ni nak skodeng anak... hahah

Papa tanya.. 'Dok buat apa tu hai anak papa yang jauh??'....

Huhuu....sedih jap aku... aku dah sebulan lebey tak balik kampung. Memang rindu gila2 kat orang2 Loqstaq sekalian... Weekend lepas2 ni asyik ada agenda je nak penuhi. Dah kawen ni xleh nak buat keputusan macam dulu lagi.... semua nak ikut Si Abe buchuks.. En Alfonso pun terbizi la sangat lately...

Insyallah minggu depan kakak balik yer papa..... rindunya..


My Papa antara bapa yang terbaik. Hidup aku tak penah kurang tau. Dulu aku masuk Matriks kat Gopeng, papa bagi handphone yang satu tu kat aku sebab takut tak boleh nak contact. Dah abis study kat USM dia kasi henpon baru Motorola yang last2 aku pi rendam dalam baldi. Yang aku rendam tu pun, mama and papa belikan new phone to replace it. Walaupun aku dah keje dah. Kata diorang,' akak simpan duit gaji akak. Akak jauh lagi perjalanan hidup'.

Itu baru cerita handphone. Kalau cerita satu-satu, nanti korang mesti ingat aku ni spoil yang amat. Tapi aku membesar dengan baik perrr.........kan?


Aku dulu, mana reti nak naik bas. Pegi sana sini situ, papa yang hantar amik. Tu pun aku selalu menangis merajuk if papa amik aku lewat2 (bukan sengaja..sebab ada hal berbangkit). Memangla aku nangis, mana reti aku nak naik bas ke..teksi ker nak balik.. Memang hampeh dulu..


Yer...yer aku memang spoil dari dulu. Mama and papa yang gigih menspoilkan aku adik beradik. hehehe.. Bayangkanla...parents aku amik cuti seminggu and berkampung kat hotel untuk bawa aku pegi tempat kerja baru.

Aku memang kenang semua jasa diorang.


Dear Papa, kakak ucapkan selamat hari bapa bestest buat papa yang suka pakai topi pink hot2. Only papa yang ada guts to wear that hat. That makes u a cool daddy ever.. Jangan dok bersusah payah nak merogheh getah bagai. Upah orang ja,...Papa jadi mandor dah....Hahaha....

Huhu..korang pi Ulu Lenggong x bawak chek no......


Tak lupa juga buat pak mertua chek, yang super gagah. Haha... dialah yang paling suka aku makan banyak2. Bila makan, mesti dia ajak aku dulu.....Ni la hasil aku sekarang. Tag line pak mertua chek:
'Biar mati kenyang, jangan mati lapau'.... hahaha...


To my Pak Mertua, lepak kat pantai tu jangan lupa kat kiteorang ni ha....



Di usia 72 tahun nie pak mertua aku ni gigih angkat besi (angkat berat) lagi

Saturday, June 18, 2011

Ketawa Penawar Duka

Mode: Hidup ini indah tapi saya malas nak berkemas


Semalam (yesterday), Iols mengalami jiwa kacau + sakit uterus (dengan contraction selang seminit..haha) yang sangat teruk. Bangun pagi dah rasa blues semacam. Padahal semalam jumahat kan... Bukan Isnin pun.

Semua perasaan ada, nak nangis, nak ponteng keja, nak nak semua yang x elok la... Memang mood hancur sebab gangguan hormon. Iols ni kalau xde gangguan ni setiap bulan tak sah okeh. Datang awal and lambat ja....

Bayangkanlah macamana En Alfonso tu mengharungi semua ni sepanjang hampir 4 tahun dia kenal Iols. Dialah mangsa terVIP kalau aku kena gangguan hormon. Orang lain tak rasa sangat kot. Haha.. tapi dia sabar weh... Ni nasib dia takde.. tu pun dah kena sipi2....(Maybe sebab tu Allah jodohkan aku dengan insan penyabar super maksima ni...)

So, disebabkan aku nak menghappykan hati lara and jiwa kacau, semalam aku gigih menunggu video Maharaja Lawak yang latest..sampai lewat pagi. So aku bangun pagi pun dah nak tengahari. Erm... sekali sekala.... Okeh kawan2, layan lah vid peberet maharaja lawak semalam..


Sila klik link ni yer..tried to upload the vids but unfotunately there were some errors...so disebabkan malas nak try and try lagi ni je effort aku yang sangat tabah ni

Terbaek malam semala..

1. Sepah - Ni paling kelakar... aku gelak tak hengat......

2. Jozan - Aku sangat suka kalau si Johan ni impersonate orang..

3. Jozan - Haha...'1 Malaysia tahu Linda putus dengan Fahrin'...

Okeh Mak Jemmahs semua.... Iols nak sambung berkemas.... muah muah..


Okeh...fine...minus the kid and the cat..I'm alone at the house..


ADIOS


Thursday, June 16, 2011

Serba Tak Kena

Mode: Tak kena, tak kena...


Hari ni nak buat apa pun serba tak kena....

Perasaaan pun serba tak kena...

Nak buat keje pun serba tak kena....

Nak swipe kat tol gate pun asyik terambik card yang salah.....

Nak publish entry pasai En Alfonso's latest on going collection lak... x jumpa card reader...

Cari En Alfonso pun x jumpa...sebab dia pegi outstation..

Memang serba x kena......

Nanti nak tido pun mesti rasa x kena gak....


Apa yang kena hari ni......???









Kena Tinggal le jawabnyer....

Monday, June 13, 2011

Morttippp II

Mode: Sengal, konpius dan kenyang..


Salam Isnin... hehe..

Okeh.. sungguh ai terasa nak membebel ni.... Ai sungguh rasa penat dan keciwa bila tengok Nora Elena... harini adalah episod gila2 mendebar bila we ols semua bersemangat nak tengok apa yang akan jadi pada Seth Tan apabila dia terkantoi telah mendajalkan Nora di masa lampau. Tapikan.. adakah anda menonton dan fikir macam ni:

'Wah..nebes..nebes... apa yang Seth Tan tu nak jawab nanti...'


ataupun




'Huhu..cian Elena... dah le preggy... time ni la nk terkantoi...cerita ni sungguh logik dah menyentuh perasaan ku...'(sambil lap2 mata yang berayaq tu)

Siyes...korang pikir macam nie....??


Siyesss????? Ko biar benarrr???


Ai rasa macam nak jadi pengarah je untuk episod arini ni.....okeh...krew sila siap kan kerusi saya




Okeh tengkiuss...kita mula dengan herot kita dulu.... Seth Tan ooooii...kau dulu...

1. Ko dah tau kantoi sebab buat jahat macam tu...jangan buat muka tercengat and macam x berapa menyesal tu.... ko buat muka sedih gila2... sebab fes kau dah buat salah besar kat orang yang kau sayang...and seken possibility ko ditinggalkan oleh Nora Elena yang super gojes tu saaaaangaaatlerr tinggi. Sila pastikan ekspressi muka anda realistik hokeh.

2. Aku tau le cerita ni ikut novel (aku tak baca pun) tapi bila kau dapat tau Nora tu dan preggy muka kau macam hampeh ja. Macam sama je ekspressi masa kau kantoi ka, sedih ka... X reti ka? Pi kelas dulu....jangan buat aku putus selera hokeh.

3. Boley tak kau pecat je Si Evonne tu? Kau x pening ke dia dok pot pet sana sini situ tak abis2? Pecat je la...aku restu weh... banyak lagi PA yang reliable kat muka bumi ni yang kau boleh hire. Eh silap..aku pun boleh fire dia... pas ni aku carikan PA yang botak dan boroi tapi sangat berdedikasi... Idakla dia sebuk2 nak jaga tepi kain kau and feeling2 tangkap cintan...

Faham??...Kalau faham ko boleh masuk bilik mekap tu and renungkan lakonan kau tu...nanti bila kita shoot aku mau kasi drama gegar punya..




Hah... Nora Elena... kau punya turn plak...Listen to me..

1. Nora...nora..nora... kau kan sangat marah dengan kisah silam kau tu... nape bila kau dapat tau ,ko macam nangis lite2 je?? Ni cerita melayu beb, kasi gegar sikit aksi tu.. Nak amik pinggan, mangkuk and pisau ni.. bila aku kata 'Actionn!', kau kasi baling barang2 tu kat Seth Tan...

2. Boleh tak aku nak delete ja scene kau cakap 'OMG, dia penah nak bagitau dulu..'. Oh My.. Just cut the crap. Dia nak bg tau ke, xnak ke...dia salah hokeh.... Aku bet Shahrizat Jalil pun rolled her eyes tadi (Dia tengok ker??)

3. Siyes ko kena pegi kelas menangis dulu..... ke kau nak bawang???


Okeh..kau pun aku hantar dulu masuk bilik mekap tu... marah betoi aku tengok performance korang nie.....


Argghhh...aku bleh dulu pi nak kasi tenang kapla ni....



Chow!!!...chowder.!!






Sunday, June 12, 2011

Transformers Mania!!

Mode: Bermalas-malasan di hari Ahad


Hi yallll....

Hari ni chek nak bercerita pasal kegilaan encik alfonso terhadap menatang bernama Transformer ittew. Tambah-tambah kemaniaman kemaniaannyer menjadi semakin hawt berikutan akan terkeluarnya movie terbaru Transformers: Dark of The Moon pada bulan hadapan.Penat aku teman dia pegi Toys'rus sana sini sinun sebab nak melayan dia mencari rare item tu.

Encik Alfonso ni memang ai dah sedia maklum ada collection figura-figura Transformer . Awal-awal lagi dia dah maklum yang dia memang suka kumpul-kumpul benda alah. Cumanye, aku ingat, siyes aku ingat dia kumpul just beberapa ketoi sahaja. Tapi.... uols..... tgk ni ha.....


Ni bala tentera kat rak .... rimas derang semua ni dok berimpit kat situ

Ni plak kat tepi rak, atas lantai..yang dalam kotak pun ada(ni kira macam investment kot..)

Lani.... atas katil pun dia dah naik....

Ni plak kelompok hieraki teratas..tgk si Optimus tu..syok nyer dok kat takhta(gambar ni x cun sebab aku dok curi2 snap..haha)

Siyes aku terkejut beruk bila masuk umah lepas kawin, sebab sebilik collection mainan dia. Tu ai tak masukkan lagi segala kapal2 Star Wars dia. Memang aku OMG! OMG! JA tau. Kalau dia belikan aku baju ker, emas ker..lagi best dari mendalah nie...huhuhu (dasar perempuan material!!..haha)

Owh... so terjadilah kisah semalam. Si En Alfonso beria-ia mengajak aku and family adik ipar pegi One Utama nak tengok Transformers showcase. Ni la apa yang ada kat sana...



En Camaro yang katanyer hanya ada 2 buah kat Malaysia ini (Jejai and Tengku Mahkota Pahang)

Bapak segala Optimus Prime


And Op Kos.... all the figuras yang membuatkan En Alfonso ilang semasa di tempat kejadian sebab kusyuk berkenalan dengan mentang ni sambil memasang hajat untuk memilikinya,.....


Ai tengah hot sebenarnya dengan mendalah ramai2 nie... pagi tadi penat je aku mengarahkan bebudak ni tolong aku kemas umah...tapi masing2 duduk kemas jer kat tempat masing2... Last2 aku ja yang dok mengemas.... Cissss korang... siap!!!!!!!!

Friday, June 10, 2011

Mortippp

Mode: I dunno why & feeling like people graduating from over the sea

Hello y'all. Today I woke up very2 early. I tried to sleep back however, here i am updating the blog. Ngeh, ngeh ngeh... amacam? Ko adooo?
Harapan untuk hari ini

(Masuk balik mode oghang melayu) Hari ni Ai plan nak pi shopping kain untuk buat baju raya. Tapi....................................rasa macam tipis je peluang nak spend masa2 panjang rehat hari jemahat ni kerana saya sudah terdetik di jiwa bahawasanya perbincangan hari ini akan melangkaui waktu berkerja di luar batasan. Owh tidak!

Plan Hari Ini
Balik keje, kemungkinan besaqq, me and en alfonso will go to Temerloh to attend a friend wedding tomoyyo. Since a friend of mine do mention about ikan patin yesterday, I am craving for Ikan Patin Masak Lemak Tempoyak. The problem is right now, my husband hates the fish. Dear Kak Sri Sentap, do you know what can I do to persuade him to convince him that ikan patin is nice, creamy and tasty??

Plan Esok

Takde Plan.


Plan Ahad

Tengok Melodi???


Plan Senin

Tak mau keja..


Plan Selasa

Ponteng Keja


Saya sedang berfeeling 'so motivated'.Plan nak tranform diri. Tapi kena tunggu bulan depan la.







See you next month Shia Labeouf!!


Monday, June 6, 2011

Setahun Sudahhhh..

MOde: Segar-bugar lepas bersiram


Dulu, tahun lepas me and Mr. Alfonso dah selamat diijab kabul di Aloq Setaq, Kedah. Setahun yang lalu tu terasa macam tak setahun....giler cepat masa berlalu...dah tua setahun.


Kurus oo jejari ai masa nie.......ketika itu ja...sekarang dah tak lagi...huhuhu....


Okeh sesi bagi ucapan... dipersilakan Puan Anjelina de La Rossa....Kepada Encik Alfonso Dela Rossa, sesungguhnya saya sangat terharu kerana awak sanggup menerima saya seadanya.

Bila saya jadi Azizah, Stephanie dan Reena awak tetap layan saya dan turut serta mengwengkan keadaan. Saya sangat terharu tau...

Saya tahu saya ganas, kadang-kala moody dan sengal. Saya cuba untuk jadi wanita normal. Tapi nanti saya boring gak.

Tengkiu sebab tetap kata saya gojes bila saya x sikat rambut, x mandi dan segalanya x cumel.

Tengkiu sebab selalu beli latest DVD Grey's Anatomy walaupun macam saya je minat cerita tu.

Tengkiu sebab selalu benarkan saya pow gaji anda walaupun x banyak. Macam2 lagi la...

Tengkiu pawar rooot.... tengkiu...

Semoga anda terus maintain baik dan hengsem begini:








Yang Bener2 Belaka,


Sunday, June 5, 2011

Family Day and First Year Celebration




Mode: Masih jiwang-jiwangan..

Assalamualaikum semua...


Iols baru je balik dari Mr. Alfonso's family day di Bukit Gambang City Resort. Event 3 hari 2 malam yang ditaja sepenuhnya oleh company di mana Mr Alfonso bekerja....

Memang best le spend masa kat sana cuma sunyi sikit sebab xde junior2 merengek..hehe


So, iols bertolak ke sana hari Jumaat , naik keta sendiri. Bas ada disediakan tp sebab nak chow awal hari Ahad better drive jerr..

Perjalanan amik masa dalam 2 jam gak.... and op kos ai tidor2 mamai dalam perjalanan bagi alasan pening sebab jalan bengkang-bengkok....

So kengkawan...layan yer gambar2 dibawah..

Ni Gambar Makan Malam Pertama. Malam ni just makan-makan and Pertandingan Nasyid. So juara leh perform pada malam Gala Diner keesokan harinya.



The Next Day, pagi-pagi ada acara sukaneka.....


Yer...Inilah Pokcik Usop (ooo....bukan nama sebenar). Dia yang akan jadi mat Deejayh untuk kali ni.

Apapun.... sebelum setart....kena streching dulu

Yeah.... acara pertama.....
Yg ni satu-satunya game Mr Alfonso masuk... dapat nombot 2... Game ni diorang kena sambung-sambung paip kecik untuk bawa guli sampai garisan penamat....



Sambil2 bersukaneka, ni ha..ade geng yang bersemangat memeriahkan keadaan...bersemangatnyer uolss


Owh...ada 6 group semua untuk acara ni.. Kumpulan-kumpulan ni dinamakan seperti berikut : Al Razi, Al-Farabi, Al-Faruqi, Al-Bukhari, Al-Hamra and... leh terlupa lak the last one...



Ai ada join gak acara ni.... namanyer..Giant Wheel.... Kerlast x?And semestinya group Ai menang uols.. nombot satu yang marbeles.....


Ai ade join other games..tp yang lain kalah ok...so takyah nak ceciter..huhu..


Masa acara ni memang panas lit-lit, berkuap yang amat.. so pengubat duka lara kepanasan adalah...

Aiskrimssss.....banyak giler aiskrim yang Ai bedal... sebab free.. unlimited stocks.. sampai end of event pun x abis...


So, hasil kemenangan me and Mr. Alfonso adalah ni...

Yeah...Lima Puluh Hengget untuk dijoli di Jusco...

Lepas habis sukaneka..petangnyer free.... asalnya nak pegi waterpark tu..tp hujan kejap.. and semangat nak pegi takde lepas dengar kabar 7000 orang dok berendam kat sana... so kiteorang decide swimming dalam bilik jer...... kroih...kroih,...hahahaha...


Malamnyer, ada Gala Diner. Bertemakan Batik Glams.... Mr Alfonso hanya ada batik indons ja so aku cari baju bertemakan batik kaler matching. Sepanjang malam tu Mr Alfonso asyik dok ulang ayat 'Aku Orang Indonesia.....(ala2 citer Kak Limah)'

Ni ha Menu Malam tu...

So...gambar2 random memang tak banyak yer malam tu sebab banyak makanan nak dikerjakan :)


Malam tu emcee nyer En Hafiz Hamidon (hangpa kenai dak?). Okehla mamat nie sebab dia leh jadi pengacara at the same time nyanyi lagu. So pakej lengkap untuk jimatkan kos.


Cabutan bertuah malam tu hadiah dia memang marbeles. Antaranya TV LCD 32", Samsung Galaxy Tab, Sambung Galaxy Ace, Set home theater, iphone4(grand prize nie), voucher Jusco RM300,RM 200 dan RM 100.

Harapan we ols awal2 lagi musnah nak menang hadiah gedebang gedebum tu. Belum apa2 lagi nama Mr. Alfonso naik dapat voucher RM100..huhu...buy-hye iPhone, buh-bye Galaxy tap.

So total voucher yang kami ada RM150. Okayla tu........


Before this Mr. Alfonso ada jugak participate writing assay competition. Tp malangnya itupun gagal.... 3 ipad dilihat melepas ke tangan orang lain....huhuhu....

Malam tu kami mengenjoykan diri naik kuda ride. RM 10 je sorang. Murah beb. Kuda tu bawa tak jauh mana tapi itupun aku dah cuak sebab kesian dia bersusah-payah bawa kiteorang naik turun bukit. Aku sempat ajak Mr. Alfonso turun jalan kaki je balik sebab kesian. Ni kira last aku naik carriage macam tu unless kuda yang digunakan kuda besar dan gagah perkasa.Naik kuda ni nak berfeeling ala-ala Will and Kate ler sempena annivessary weols.


Esoknyer, lepas breakfast we ols chow sebab nak pegi tu'e tawen. So weols skip makan durian time. Takper, dah buhsan pun makan durian musim ni.


Okeh kawan-kawan, kepada yang ada anak-anak tu Gambang Resort City and Theme Park ni memang marbeles untuk spend masa dengan family.

1. Bilik hotel yang selesa.

2. Malan-malam ada mini fun-fair kat area hotel (We ols duduk kat Carribean Bay Suites).

3. Then aktiviti berkuda. Leh ride kuda sekor-sekor or carriage(Max 4 orang dewasa katanya). Rm 10 sekepala.

4. Ada big swimming pool kat hotel (if tak nak pegi theme park).

Kalau takde anak....tak best sangat kot...huhuhu.......

Okeh.... cerita tawen2 kite masuk entry lain yerr....

Wednesday, June 1, 2011

Meh Merembes: Nora Elena

Hi...ni lah gambar saya yang hawt dengan hubby saya yang gojesss


Mode: I feel so jiwang...



Owh, kat sini saya nak buat pengumuman bahawasanya saya yang sekian lama tidak menonton tv secara serius telah melekat dan tercongok depan tv setiap jam 7 mlm untuk menonton Nora Elena (Ai tgk Seth Tan sebenaunya). Wahai Encik Erong, y r u so suwit??

Drama bersiri ni dah membuat hatiku yang serba macho ini telah jadi wanita gojes seperti Elena tu.

Takmau cerciter panjang lebar...


Tuang-tuang dan puang-puang....Terimalah



Credit to


Jom nyanyi ramai-ramai...(feling2 jiwangz tahap gaban)


Di dalam hati selalu tersimpan
rasa yang takkan pernah bisa ku ungkapkan
kau diam tanpa kata
saatku ungkap semua rasa

Di saat ku ingin dekat denganmu
kau semakin jauh meninggalkanku
dan kau diam tanpa kata
saatku ucap semua rasa

Dan bila esok kita kan bertemu kembali
masihkah ada ruang di dalam hatimu
tuk cinta yang pernah kita miliki
tuk selama-lamanya

Dan bila esok kita kan bertemu kembali
masihkah ada waktu untuk mencinta dirimu
tuk bisa menjagai hati ini
tuk selama-lamanya

Mungkinkah esok kita kan bertemu kembali
masihkah ada ruang di dalam hatiku
untuk cinta yang pernah engkau miliki
untuk selama-lamanya

Dan bila esok kita kan bertemu kembali
masihkah ada ruang di dalam hatimu
untuk cinta yang pernah kita miliki
tuk selama-lamanya

Dan bila esok kita kan bertemu kembali
masihkah ada waktu untuk mencinta dirimu
untuk bisa menjagai hati ini
tuk selama-lamanya

Dan bila esok kita kan bertemu kembali
masihkah ada ruang di dalam hatimu

Untuk cinta yang pernah kita miliki tuk selama-lamanya