Showing posts with label Amukan Dapur. Show all posts
Showing posts with label Amukan Dapur. Show all posts

Tuesday, July 19, 2011

Spagetti Carbonara Suka Hati Mak Nak

Mode: Gila masak, gila makan....gila menyesal lepas makan



Hi uols.... hari ni dah pasang niat sejak bangun dari tido nak masak spagetti carbonara versi iols...

Iols bizi tanya opismate, google internet semua nak tengok option2 yang boleh digunakan..

Last2..iols masak ikut kata hati....

Okeh..kita mulakan...... bahan-bahannya..


1. Bawang putih dan cili padi (I orang melayu, hokeh) secukup rasa ditumbuk hingga lumat..

2. Isi ayam potong dadu2...

3. Udang yang sexy (buang kulit semua) ikut citarasa anda

4. Cendawan butang potong dadu2...secukup perasaan anda

5. Susu low fat ... sikit je ai guna...

6. Sos carbonara En Prego

7. Garam ikut kadar kemasinan yang anda dambakan

8. Cheese (Optional)

9. Op kos jangan lupa rebus spagetti anda



Okey...cara2nyer...


1. Tumiskan bawang puting and cili padi (Guna sikit minyak ja). Sampai naik bau wangi bukan hangit.


2. Then masukkan ayam. Biar ayam sampai nampak isinya keputihan.


3. Masukkan cendawan butang dan masukkan sedikit susu. Kacau..biar mendidih jap...(Saje jer nak bagi ayam masak kaw2).

4. Masukkan udang2 sexy itu...dan kacau....Agak2 udang dah merah malu.....masukkan sos prego carbonara.


5.Nak ejas kepekatan sos anda gunakanlah susu ikut naluri hati anda.....macam ai, I like it think and creamy.

6. Ai add in a piece of cheddar cheese (tu je stok yang ada) yang ia potong kotak2 kecik. Kalau ada mozarella ni beh nie....


7. Add in salt secukup rasa....


8. Biar ia mendidih, then masak dah...




Bagi I memang marbeles hokeh... I like........


Ni lah hasilnya.....




First time I masak ni and lepas ni makin kerap le aku mengadap carbonara ni... opsss..... habis diet gua....huhuhuhu...



Mr Alfonso rate: 4 1/2 bintang berkedipan. Dia kata sedap dan okeh...tapi pesan next time make sure spagetti tu sama saiz (Huhu...aku campur yang biasa dan angle hair sebab stok tak mencukupi..tu kreatibiti kan...)


Cube yer kawan2......

Monday, May 30, 2011

Amukan Dapur: Cucuq Jagung Berodang

Mode: Penin2 lalat sambil gaduh2 dengan En. Alfonso.



Hola.....bertemu lagi dalam segmen amukan dapur.

Okeh ye tuang-tuang dan puang-puang....

Bahan-bahan yang wajib ada adalah:


1. Ofkos jagung berkualiti tinggi no.... Yang ai pakai mmg tinggi sebab amik dari Cameron Highlands. Anda hiris-hiris yer jagung neh. Ikut la pesen apa pun..



2. Tepung gandum....Guna secukupnya.





3. Udang saiz sederhana yang dibuang kulitnya. Nak banyak mana pun takpa. Takmau pun takpa.





4. Bawang besaq. Hang highih-highih bawang ni noo...Sebijik dah la kot...



5. Cili merah menggoda. Juga di highih.




Okeh ye tuang-tuang dan puang-puang....



Mula2....hangpa campuq semua baghang2 (jangan lupa boh gagham dan ayaq no..) kat ataih nie dan gui (gaulkan) dengan manja-manja sehingga sebati.

Hangpa tak mau tanya ka awat kena gui lagu tu? Well, sebabnya kalau hangpa nak cucuq yang lembut dan marbeles memang kena gui macam tu. Kalau dak habih keghas kedekung cucuq hangpa.


Lepas gui-gui manja tu..tara...dah boleh goreng...

Hangpa goreng bagi sama kaler dengan cucuq udang/jagung yang normal no..


Hasilnya......jeng jeng jeng.........




Haha...gambaq tak lawa la. Ni chek masak pas subuh ari Sabtu lepas. Chek nak buat bekai kat En Alfonso.

Beh wei....chek dok terliuq ni ha... Cuba try test tengok. Bukan susah mana pun.....


Oklah.. tu ja no kali ni... tata titi tutu....



P/s: Gambar selain gambaq cucuq adalah hasil pemgugelan secara global. Harap maklum.

Tuesday, May 24, 2011

Amukan Dapur: Cendawan Goreng Tepung

Mode: Buhsan binti Bowrink

Skil memasak chef: 15% (Sekadar untuk merendah diri)






Siyes tatau nak buat apa sekarang nie (Pinggan2 dalam sink menyampah dgr statement ni)..

Semalam, ada request dari bos dalam umah. Memandangkan dia telah membeli-belah banyak sayur-sayuran dari Cameron Highlands... dia berhajat nak makan cendawan goreng tepung.

Cendawan goreng tepung ja..... tutup mata pun leh buat (pastu tangan berparut sana-sini-situ).

Hokeh yer tuang-tuang dan puang-puang.....

Apa yang penting dalam penyediaan juadah yang complikated ini...ingat penting yer... sila sediakan :


Cendawan berupa bentuk seperti di atas. Kuantiti secukup rasa.




Tepung cap seperti tertera di atas. Sedap gak...Jika anda ada cap lain yang anda sangat suka, itupun occay..





Okay sebijik tulur yang dibasuh. Sebijik dan cukup.
(Note: Tiada gambar untuk bahan ini. Saya yakin anda mampu imagine rupa bentuk telur itu dengan sendiri)



Baiklah tuang-tuang dan puang-puang. Langkah pertama, celupkan cendawan ke dalam tulur yang telah dipukul. Then anda celup pula cendawan bersalut tulur ke bekas berisi tepung goreng. Pastikan anda mengkaver seluruh permukaan cendawan itu dengan tepung sehingga ia cantik dan putih.




Kemudian,

Yea tuang-tuang dan puang-puang, goreng dengan mengunakan skil terhebat sehingga ia kuning keemasan.
(Langkah berjaga-jaga: Pastikan minyak yang panas itu tidak terkena kulit anda yang gojes itu.)

Jeng, jeng jeng....inilah hasilnya penat lelah nyerr...


Nyummy,nyummy, fatty...



Juadah ini sangat marrrbeleessss jika dimakan panas-panas di waktu sejuk-sejuk.


Itu sahaja untuk kali ini. Sekian dari saya. Sehingga berjumpa lagi di waktu yang lain, hari yang tidak ditentukan lagi. Tatataaaaa...
















Nota mendap: Boringnyerrrrrrrrrrrrrrr la weh......