Tuesday, May 24, 2011

Amukan Dapur: Cendawan Goreng Tepung

Mode: Buhsan binti Bowrink

Skil memasak chef: 15% (Sekadar untuk merendah diri)






Siyes tatau nak buat apa sekarang nie (Pinggan2 dalam sink menyampah dgr statement ni)..

Semalam, ada request dari bos dalam umah. Memandangkan dia telah membeli-belah banyak sayur-sayuran dari Cameron Highlands... dia berhajat nak makan cendawan goreng tepung.

Cendawan goreng tepung ja..... tutup mata pun leh buat (pastu tangan berparut sana-sini-situ).

Hokeh yer tuang-tuang dan puang-puang.....

Apa yang penting dalam penyediaan juadah yang complikated ini...ingat penting yer... sila sediakan :


Cendawan berupa bentuk seperti di atas. Kuantiti secukup rasa.




Tepung cap seperti tertera di atas. Sedap gak...Jika anda ada cap lain yang anda sangat suka, itupun occay..





Okay sebijik tulur yang dibasuh. Sebijik dan cukup.
(Note: Tiada gambar untuk bahan ini. Saya yakin anda mampu imagine rupa bentuk telur itu dengan sendiri)



Baiklah tuang-tuang dan puang-puang. Langkah pertama, celupkan cendawan ke dalam tulur yang telah dipukul. Then anda celup pula cendawan bersalut tulur ke bekas berisi tepung goreng. Pastikan anda mengkaver seluruh permukaan cendawan itu dengan tepung sehingga ia cantik dan putih.




Kemudian,

Yea tuang-tuang dan puang-puang, goreng dengan mengunakan skil terhebat sehingga ia kuning keemasan.
(Langkah berjaga-jaga: Pastikan minyak yang panas itu tidak terkena kulit anda yang gojes itu.)

Jeng, jeng jeng....inilah hasilnya penat lelah nyerr...


Nyummy,nyummy, fatty...



Juadah ini sangat marrrbeleessss jika dimakan panas-panas di waktu sejuk-sejuk.


Itu sahaja untuk kali ini. Sekian dari saya. Sehingga berjumpa lagi di waktu yang lain, hari yang tidak ditentukan lagi. Tatataaaaa...
















Nota mendap: Boringnyerrrrrrrrrrrrrrr la weh......

No comments:

Post a Comment