Monday, May 30, 2011

Amukan Dapur: Cucuq Jagung Berodang

Mode: Penin2 lalat sambil gaduh2 dengan En. Alfonso.



Hola.....bertemu lagi dalam segmen amukan dapur.

Okeh ye tuang-tuang dan puang-puang....

Bahan-bahan yang wajib ada adalah:


1. Ofkos jagung berkualiti tinggi no.... Yang ai pakai mmg tinggi sebab amik dari Cameron Highlands. Anda hiris-hiris yer jagung neh. Ikut la pesen apa pun..



2. Tepung gandum....Guna secukupnya.





3. Udang saiz sederhana yang dibuang kulitnya. Nak banyak mana pun takpa. Takmau pun takpa.





4. Bawang besaq. Hang highih-highih bawang ni noo...Sebijik dah la kot...



5. Cili merah menggoda. Juga di highih.




Okeh ye tuang-tuang dan puang-puang....



Mula2....hangpa campuq semua baghang2 (jangan lupa boh gagham dan ayaq no..) kat ataih nie dan gui (gaulkan) dengan manja-manja sehingga sebati.

Hangpa tak mau tanya ka awat kena gui lagu tu? Well, sebabnya kalau hangpa nak cucuq yang lembut dan marbeles memang kena gui macam tu. Kalau dak habih keghas kedekung cucuq hangpa.


Lepas gui-gui manja tu..tara...dah boleh goreng...

Hangpa goreng bagi sama kaler dengan cucuq udang/jagung yang normal no..


Hasilnya......jeng jeng jeng.........




Haha...gambaq tak lawa la. Ni chek masak pas subuh ari Sabtu lepas. Chek nak buat bekai kat En Alfonso.

Beh wei....chek dok terliuq ni ha... Cuba try test tengok. Bukan susah mana pun.....


Oklah.. tu ja no kali ni... tata titi tutu....



P/s: Gambar selain gambaq cucuq adalah hasil pemgugelan secara global. Harap maklum.

Sunday, May 29, 2011

Review: Nur Kasih The Movie

Mode: Jimba-jimbasss sambil goreng keropok lekor

Friendly warning : This entry might have spoilers here and there.

Alkisah...

Last Saturday night, me and En Alfonso decided to distribute the keropok lekor supply to our families. So, kiterorang menginggah sana sini sinun... Pas makan ramai2, ada orang cadangkan we ols semua tengok muvie di pawagam berdekatan. Mid nite le jawabnyer sebab ada yang nak tidorkan budak2 dulu. Malam tu nak tengok sama ada Kungfu Panda 2 atau Nur Kasih. Last2, undi ke Nur Kasih sebab vote wanita adalah vote majoriti.




Cerita ni bermula untuk update kiter pasal perkembangan terbaru keluarga arwah Pak Hassan. Aidil adalah duda ada dua anak Ilyas(On boy, i wish u r my son) dan Maryam. Sementara, Adam and Nur masih berharap kedatangan cahaya mata dalam hidup diorang. So, all the dramas will start from this point.


Nur Kasih The Movie ni sangat berbeza cara penceritaannya dari series. Maybe itu adalah antara turn off factor sebab follower cerita ni sangat berharap apa yang diorang dapat from the series ada juga dalam movie nie.

Too Much Sufferings in this Movie



People like me, nak tengok yang Adam and Nur hidup bahagia, notti2 dan lomantik2 sambil mengharungi liku2 kehidupan yang bengkang-bengkok. Malangnya, terlalu banyak bengkang-bengkok dalam citer ni (dari awal sampai habis) yang buatkan kite rasa tension. Kalau orang yang sedia sedih before tengok movie ni maybe akan mengalami depression yang dasyat(okeh perkataan ni terlalu exaggerate) lepas menonton. After satu musibah, hepi seminit then datang balik musibah baru. Benda ni berulang-ulang okay. Sangat annoying.


Turn Off Factors

1. Nur Amina bila dah tua jadi tinggi and gelap. Sangat 'logik' ok.

2. Si Ilyas yang adorable bila dah besar jadi Norman Hakim yang sangat tak adorable.

3. Adam sangat tak hensem bila tua. Pak Hassan lagi berganda gojes masa tua.

4. Jalan cerita yang terlalu banyak cerita dalam masa yang singkat. Ada watak-watak baru yang maybe interesting yang perkembangan characternya yang terhad. As a result, we as an penonton blurrrr.

5. Sangat-sangat benci tengok si Adam dan Nur dok pretend melukis dengan berus kering.

6. Why oh why, kalau movie ja suara-suara macam bad dubbing gitu.




Turn On Factors



1. Oh Ilyas (yang kanak-kanak je), meh sini kat aunty. U shomell la and sensetip to ur persekitaran even tough u are soooo young.

2. Erm... Adam dan Nur kot.

3. Banyak memorable lines jugak.

4. The cinematography kot.

5. ......



Ai rasa tanak bagi rating for this movie sebab tak nak kecewakan En Adam Hassan (my ex Bf).
So, bintang tidak akan berkedipan di sini.



So...Adakah movie ni wajib ditonton? Sila pilih jawapan bi bawah mengikut kesuaian jiwa anda:

a) Kalau anda die hard fan Nur Kasih the series, anda tidak kisah jalan cerita sangat, janji anda dapat merembes melihat Si Remy Ishak/Tizz Zaqiyah, tengokla movie nie di pawagam.

b) Kalau anda sangat valuekan jalan cerita but at the same time anda nak merembes dengan pelakon2nye... tengok dvd/download pun ok gak.

c) Kalau anda pengkritik filem yang sangat dahagakan ke'perfect'kan sebuah filem, baik anda menonton cerita lain. not this movie.



Overall, saya sangat kecewa selepas menonton filem nie.Huhuhu.....

Thursday, May 26, 2011

Tetiba Sakit

Smalam adalah malam yang sangat2 tak best. Ai kena diarrhoea terburuk dalam sejarah kehidupan ni. Dalam jam 10.00 mlm lebey, perut dah start pedih-pedih. Time ni tengah syok melayan Showdown 2011 kat 8TV.

Tak lama pastu, aku keja ulang-alik pegi toilet. Nak membuang tu bukan isu yang besar sangat. Tp perut ni memulas semacam hokeh. Aku siap nangis2 sebab sakit gila. Siap menggigil sebab sakit sangat dan rasa sejuk melampau. Sah..kena food poisoning.

Aku tertidur pun around 4am. Then at 5.50am terjaga sebab Ke$ha gerak bagun untuk nak pegi keje. Hokeh, cuba bangun...tapi bagun nak buat pelaburan mengejut lagi. Tak boleh jadi.

Trus antar mesej kat bos n kawan2 untk maklumkan ai EL arini. Huhuhu.... no other option. Nak bagun pegi klinik pun x larat apatah lagi nak keje. Sungguh malang. Encik Alfonso pun dok risau jauh nun di Tengganu sana. Dia siap suruh aku cuti gak esok...tp tak mau weh. Sayang cuti ...huhuhu





Persoalannya.....adakah sutun pojaan ku tu yang menyebabkan masalah ini terjadi? Aku dah fobia nak makan sutun hokeh. Siyes....

Say no to Sutun!!
Gambar ihsan hasil dari Yahoo! image





On the bright sight, perutku slim sedikit...

Tuesday, May 24, 2011

Amukan Dapur: Cendawan Goreng Tepung

Mode: Buhsan binti Bowrink

Skil memasak chef: 15% (Sekadar untuk merendah diri)






Siyes tatau nak buat apa sekarang nie (Pinggan2 dalam sink menyampah dgr statement ni)..

Semalam, ada request dari bos dalam umah. Memandangkan dia telah membeli-belah banyak sayur-sayuran dari Cameron Highlands... dia berhajat nak makan cendawan goreng tepung.

Cendawan goreng tepung ja..... tutup mata pun leh buat (pastu tangan berparut sana-sini-situ).

Hokeh yer tuang-tuang dan puang-puang.....

Apa yang penting dalam penyediaan juadah yang complikated ini...ingat penting yer... sila sediakan :


Cendawan berupa bentuk seperti di atas. Kuantiti secukup rasa.




Tepung cap seperti tertera di atas. Sedap gak...Jika anda ada cap lain yang anda sangat suka, itupun occay..





Okay sebijik tulur yang dibasuh. Sebijik dan cukup.
(Note: Tiada gambar untuk bahan ini. Saya yakin anda mampu imagine rupa bentuk telur itu dengan sendiri)



Baiklah tuang-tuang dan puang-puang. Langkah pertama, celupkan cendawan ke dalam tulur yang telah dipukul. Then anda celup pula cendawan bersalut tulur ke bekas berisi tepung goreng. Pastikan anda mengkaver seluruh permukaan cendawan itu dengan tepung sehingga ia cantik dan putih.




Kemudian,

Yea tuang-tuang dan puang-puang, goreng dengan mengunakan skil terhebat sehingga ia kuning keemasan.
(Langkah berjaga-jaga: Pastikan minyak yang panas itu tidak terkena kulit anda yang gojes itu.)

Jeng, jeng jeng....inilah hasilnya penat lelah nyerr...


Nyummy,nyummy, fatty...



Juadah ini sangat marrrbeleessss jika dimakan panas-panas di waktu sejuk-sejuk.


Itu sahaja untuk kali ini. Sekian dari saya. Sehingga berjumpa lagi di waktu yang lain, hari yang tidak ditentukan lagi. Tatataaaaa...
















Nota mendap: Boringnyerrrrrrrrrrrrrrr la weh......

Saturday, May 21, 2011

Review: Odd Girl Out

Mode: Ngidam makan sotong...



Last Thursday, di kala aku nak pujuk diri aku untuk tido, aku tertengok this telemovie kat 8TV jam 10.00 malam. Memang habit aku sekarang untuk on tv untuk tido. Habit ni start bila aku kat umah sorang-sorang masa En Alfonso (read: husband) pegi outstation. Tapi malam tu dia ada jer, cuma kusyuk main game kat ruang tamu.


Okeh, berbalik to this telemovie, pelakon utama dia si Alexa Vega. Ms Vega ni femes dengan citer Spy Kid. Cerita ni maybe 8TV tayangkan since cerita ni ada kaitan dengan kes buli-membuli-terbuli di sekolah. Si Alexa Vega ni pegang watak as Venessa Snyder, seorang gadis yang dibesarkan oleh ibu tunggal, Barbara Snyder. Despite having divorced parents, Venessa ni membesar dengan baik. Dia adalah atlit tersohor, top student dan best-friendnyer Cik Stacey Larson adalah most popular girl, di mana all the bimbos kat sekolah tu nak kawan sangat sebab nak tumpang famous. Macam perfect gedebang gebebum la. So, adelah sorang girl ni, namanya Nikki yang gila publisiti plan strategi untuk singkir Vanessa dari group giler-famous-kat sekolah tu so that dia leh lagi rapat dengan Stacy(queen bee gittew).

Maka tersebutla kisah, plan si Nikki tu berjaya....gile kaw2 la si Vanessa kena harass mentally... sampai dia tak nak makan, nebes breakdown sampai potong rambut and ponteng sekolah...Paling horror dia telan pil tidur mak dia.....Rest of the story, sila menonton sendri (sekiranya berminat).

Memang menitiskan air mata le tengok citer nie. En Alfonso de La Rossa pun bukan main sibuk join ai layan this drama.

So pengajaran buat adik2 sekalian, Jangan buli-membuli hokeh. Sungguh tak cool and sexy. Siyes! Ai dulu kat sekolah, kawan baik-baik dengan semua orang (Yeeeeekeerrrrrr??). Buli-membuli ni sangat barbarian. Ini orang senget punya kelija. Orang gorjes, macho, fabulus and hot macam iols suka stay peace and wangi.


Jadi, dengan ini, beta meng'rate' cerita bertaraf inspirational ini dengan........Why? Why? Oh, why 3 ajerk????? Erm...sebabnyer:

1. 3 tu dalam kamus Ai dah cukup bagus.
2. Tak suke dengan watak Si Vanessa yang lemah longlai, tidak bijak and tak macho.
3. Endingnyer yang tak cukup kaw.
4. Major turn off -> Takde mamat ensem dalam citer nie.



Sekian dahulu laporan dari saya yang kurang tenteram kerana tiada sotong untuk dimasak. OMG!!

A New Begining

Currently watching: Hindi movie kat TV3 which i don't pay attention at all


Assalamualaikum...

Selepas sekian lama, aku yang tengah kebosanan ni decide to start blogging again. Yeah...i used to blog my life before....lama la.... aku pun sampai terlupa yang aku ada blog until recently aku terserempak balik dengan link to my old blog. So..what happen to my old blog ittew?.. Hmm..bila aku review balik the old blog..aku x rasa nak share lagi blog tu since aku dah start berchapter-chapter baru dalam life aku..so macam tak releven nak campur aduk dengan kisah baru. Tak sedap. So..estong saja blog lama.. Buhbye zaman alien aku... hahaha...

Jadi, memandangkan ini adalah entry pertama aku. Maka aku tak nak bersusah payah nak melalut sana sini. Aku nak make-up dulu, then baru aku nak bergedik2 di sini.

I won't be active updating my blog since this will be my agenda when my husband not around. Kalau dia outstation baru terupdate kot this blog.


Hokeh.... jumpa lagi uolsss....