Sunday, February 26, 2012

Why we should say no to drink and drive...

MOde:...Why us??

Occay.... tetiba jer nak blogging lebey2....

Ada sumting berlaku.... sumting...................



Kisahnya begini, semalam Mr Alfonso baru jek balik dari outstation Kuantan..sampai umah masa Maghrib..



Plan nak keluar jimba2 pas diner..tapi sebab tersangkut tengok cerita Pelarian kat TV3, aku macam tak nak keluar dah....



Tapi Mr Alfonso tetap nak ajak pegi Uptown Danau Kota sebab dia nak donate duit untuk satu badan kebajikan yang jaga kucing2 terbiar. Yess Mr Alfonso adalah pencinta kucing. Tapi tu bukan main story kat sini....



Aku agree sebab dia memang dah lama nak pegi situ. Aku bagi syarat pegi kejap je nak donate duit tu..We ols decide naik moto jer...sebab Danau Kota kan jemmers malam2.



Dah abis tengok citer tu, cepat2 we ols siap nak keluar.

Turun lift macam biasa.....



Then belum sempat sampai kat moto... Mr Alfonso terbehenti dan terpaku...



Super speechlessss....




This is what happen....







Pintu keta Mr Alfonso yang cantik jer parking kat tempat parking rabak!!




Kesan seretan....

Time tu midnight....aku tanya Mr Alfonso itu ini..sepatah pun tak jawab... dia berdiri tenung je kereta dia.... speechless...lama gila dia senyap tak kata apa2.. bila tengok dia senyap jer..aku pun benti la bercakap....


After a while baru kite orang pegi cari Pak Guard dengan harapan dapat le maklumat ke apa...

But...

Pak Guard pun baru tau.... then datang all the Pak Guard and try to recall if ada kereta yang mencurigakan try to exit the condo area ealier....

Nothing... no info...


Try to search for evindence kat that area.. tapi yang bersepah kat jalan tu mostly apa yang hancur dari keta Mr Alfonso....hampa...

Macam2 teori malam tu...Hilux la... lori la... Masing2 tolak kemungkinan kereta biasa yang langgar sebab rabak teruk macam tu...


Then pak guard suruh alih keta ke pondok pak guard sebab pintu keta yg parah tu memang terkopak..so diorang leh monitor takut2 ada orang amik kesempatan untuk mencuri.


So dengan hati yang patah, both of us naik balik malam itu... after masing2 termenung dalam kegelapan... kami terlelap.....


Jam 3 pagi lebih....Pak Guard call hp Mr Alfonso sebab diorang jumpa the car yang buat dajal tu...

Yup, residence situ jugak yang langgar. Kereta Waja kaler gold. Since kereta tu parking kat tempat unit dia sendiri. So dah tau mana rumah owner dia.



See..cat oren kereta Mr Alfonso...bukti sohih...takder apa2 pertikaian lagi..


Hasil kat kereta si waja.....


We took a lot of pictures of evidence. Pak guard yang baik siap nak clamp kereta dia takut the next day dia lari ke apa..


We thank the pak guards sebab bersemangat tolong kiter orang untuk cari the culprit. Siap yang sorang tu gigih carik serpihan signal waja yang pecah untuk buktikan memang kereta tu yang langgar...


The next day......


Kami jumpa owner kereta tu. Earlier before kami pegi, Ketua Pak Guard dah jumpa dengan owner tu untuk tanya what happen that night. It seems that the guy tak ingat apa2. But dia tak boleh deny since there are too much evidence yang dia yang langgar. Kami pun memang banyak saksi malam tu yang membuktikan kereta Mr Alfonso memang parking nicely kat tempat sepatutnya.

So, the Waja owner agree to repair the car. Guna budget dia bukan through insurans. So no need to lodge police report.

But still kami dalam keadaan berjaga2 takut kang dia tak agree plak nak repair. Sebab tu bila kami berurusan kami pastikan pihak guard condo ada skali as saksi.

Okeh yer...pengajaran dalam cerita ni adalah.... do not drink and drive. Memang sahla that guy memang drunk sebab kalau orang yang waras takkan nak seret kereta orang sampai terkopak gitu....Kalau tercuai pun..setakat langgar kemik je kot...

Pengajaran kedua...kereta Waja lagi berganda tough dari kereta Gen.2. Sila bandingkan kesan dan akibatnya... huhuhu...

Apapun..kami lega bila owner kereta waja tu wiling nak repair. Dia tak argue pun. Dia terima hakikat dengan hati terbuka.

Tadi masa berjimba kejap, sempat kami doakan agar si pemilik waja tu sedar yang minum arak tu merugikan aja...so better stop drinking. Buleh tak doa gitu??



p/s: Hari ni, disebabkan stress Mr alfonso shopping sakan beli mendalah transformer dia. Aku tak bebel pun..Kasi can....this time only...





Friday, February 24, 2012

Dan februari pun hampir berlalu

Mode: Gue demam...sorang2! Hampeh!

Salam Bulan Februari...hihihi

Memang sah la aku leh hupdet sebulan sekali ja.....

Sekarang ni memang banyak tema sebulan sekali..

Sebulan sekali sakit tekak dan demam..

Sebulan sekali asyik moody..

Sebulan sekali dapat gaji..

Sebulan sekali bayaq hutang..

Sebulan sekali bukak tivi..

Sebulan sekali rasa gemuk..

Banyak la...memang sengaja aku nak list banyak2...

Bukan selalu aku datang seru nak menaip entry...sebulan sekali jerrr....

Hari ni aku agak vengang masa nak balik tadi...

Aku ni gigih2 lenggang laju2 tak cukup pinggang nak balik umah...Skali jem masa nak keluar kawasan tempat kerja ja....yerr..time nak kuar area tempat kerja jem..gara2 ada kompeni hampeh ni sibuk nak kutip duit tol, tapi takde perancangan. Swasta konon... lemps sangat...

Disebabkan aku vengan masa nak exit parking, maka dengan itu secara automatiknya, sepanjang perjalanan aku moody tak hengat. Saper2 nak mencelah memang aku tak kasi can. Kalau degil nak mencelah gak, memang aku jegil mata besaq2. Perrgghh... dah pandai garang iols masa driving. Tapi garang macam mana pun, aku masih tak reti nak tekan hon utk bagi amaran kat si penyanyak jalan raya. Aku jerit2 jer dalam keta, macam orang tu nak dengaq sangat....

Hahah...poyo jek aku ni... Terkenang lak tetiba kisah silam aku driving2 ni...

Ni nak listkan trivianya:

1. 1st week aku bawak keta baru, aku dah lubangkan pintu dia..ha...sendri buat. Takde sapa yang mempengaruhinya. Sampai sekarang mak aku tak tau....hahaha..takper..kereta aku...


2.Aku dulu bawak keta dok satu lane ja... cilok2 memang tak ar. Sekarang pun macam tak sangat. Sebab prinsip aku, kalau aku sakit hati dengan orang suka cilok2 ni, aku tak leh la nak cilok2. So berhemah la aku disini skettt....

3. Dulu Mr Alfonso bawak pegi kawasan parking ofis aku malam2 untuk prektis parking. Sampai nangis2 aku..garang giler dia coach aku.. Merajuk seminggu aku. Dia memang ajar aku parking masuk bontot keta dulu, sebab tu sampai sekarang kalau aku parking masuk depan dulu mesti sesuatu akan terjadi.

4. Pernah Mr Alfonso train aku bawak keta kat Jalan Bukit Bintang. Memang aku gelabah ayam. Siap ada satu time tu dia dah tutup muka sebab seriau. Sampai sekarang, if dia larat, memang dia jer akan drive. Kalau drive balik kampung, memang dia sanggup tido kat RnR jap daripada suruh aku drive. Pernah skali tu aku mintak drive untuk bagi can dia tidoq, tapi bagi aku drive dari satu hentian ke satu hentian ja. Mesti tak aman jiwa dia nak tidoq.

5. Aku kalau nak gi kerja luar dari ofis memang akan training dengan Mr Alfonso ke tempat berkenaan (esp tempat yang aku tak penah drive sendrik) sebelum hari berkenaan. Ada satu time rakam suara sendri describe apa yang patut aku nampak sepanjang perjalanan. Keh keh keh...Walaupun Mr Alfonso ni dah bawak aku pusing setiap pelosok KL, Selangor dan kawasan sekitarnya, jangan harap aku nak ingat jalan2 unless, aku senri yang drive (memang tak la..).

Selalu ayat we ols dalam keta:

Mr Alfonso: Ingat tak jalan ni. Kita dah banyak kali lalu jalan ni. Cuba tengok betul2. Agak2nya, kalau drive sorang2 ingat tak ni??


Aku: Tak (short and simple..tak perlu diperkembangkan lagi statement aku)

Jalan nak balik kg Mr Alfonso pun aku tak hengat...hihi

6. Sekarang ni, atas bantuan Papago... aku senang sikit kot nak round2 Kl.... tapi...tapi...



Siyes...kalau tak wujud manusia bernama Mr Alfonso dan berkawan-kawan... memang aku berkurung ja dalam umah. Dok akan aku keluar apatah lagi nak pegi carik makan best2. Sanggup lagi aku ngadap ayaq kosong berlaukkan angin sepoi2 bahasa...

Ya...aku ada potensi besar untuk jadi kera sumbang anti sosial tahap tertinggi.........



Sekian dulu..jumpa bulan depang